H
ari demi hari, aku menunggu. Menunggu sepucuk surat tawaran daripada Kementerian Pelajaran Tinggi. Tinggi nya hasrat mereka untuk lihat aku sambung belajar. Mereka tidak inginkan aku mengikut jejak mereka dan abang. Hanya sebagai peraih ikan, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sungguh, aku sendiri terharu dengan setiap pengorbanan mereka dalam mendidik kami bertiga.
“Nurul Iman Liyana, ada tanya kawan kawan, mereka dapat tak surat dari Kementerian?” Ibu masih lagi bertanya soalan yang sama.
Iman menoleh dan tersenyum. “Dah tanya bu, ada diantara mereka yang dah dapat surat tawaran ke matrikulasi.”
Dia merasa perkara yang sama dengan ibunya, begitu berharap. Keputusan peperiksaan SPM baru baru ni menunjukkan dia layak untuk masuk ke Matrikulasi. Tetapi siapa sangka, dia masih lagi belum menerima surat tawaran.
“Tak apa lah Nurul Iman, tunggu lagi. Mana tau surat kamu tersangkut. InsyaAllah, ibu yakin kamu akan dapat tawaran ke matrikulasi.” Ibu memberi kata kata semangat. Aku dapat merasakan suara ibu serak. Mungkin sedih. Aku berusaha menahan daripada menitis air mata melihat ibu. Aku tak mahu menangis di depan ibu.
Ibu melangkah perlahan meninggalkan aku di tangga rumah. Aku termenung memikirkan masa depan aku. Memikirkan harapan abah dan ibu. Perlahan-lahan air mata jatuh ke pipi.
“InsyaAllah, surat itu akan sampai jua dan aku akan bahagiakan abah dan ibu.” tekad Iman dalam hati sambil mengusap pipinya yang basah dek air mata.
Dari jauh kelihatan abang dan abah balik meraih ikan, bersama sama mereka membawa pukat dan tong yang berisi ikan. Sungguh, abah dan abang sanggup menggadai nyawa walaupun amaran daripada kerajaan supaya tidak turun ke laut kerana musim tengkujuh.
“Nurul Iman, nah bawa ikan ni ke dapur. Masak la untuk makan malam ini.”
“Baik abah. Abah , abang, rehat la. Nanti Iman buatkan air.”
Segera aku ke dapur untuk membuat air. Terlihat ibu sedang menyiang sayur untuk makan malam ni bersama sama adik aku yang bongsu. Masih belajar di tingkatan 1. Alhamdulillah, adik aku tidak pernah merungut akan kepayahan dan kekurangan dalam keluarga. Walaupun dia anak yang bongsu. Manjanya tidak pulak menyusahkan abah dan ibu. Walaupun dia sering melihat keluarga kawan kawan yang lebih kaya dari kami tetapi dia tidak pula meminta daripada abah dan ibu. Aku bersyukur.
“Assalamualaikum..”
Tersedar aku dari lamunan apabila mendengar orang memberi salam di depan walaupun sayup sayup kedengaran.
“Walaikumussalam. Pak Taib rupanya. Jemput la masuk.” pelawa abah.
“Tak apa la Mail, aku datang cuma nak bagi surat ni untuk anak kamu tu, Nurul Iman.” kata Pak Taib.
“Surat apa tu Pak Taib?” Tanya ayah kehairanan. Selama ni surat yang dikirimkan oleh sesiapa pasti akan terus ke rumah. Tapi kali ini lain pula. Surat datangnya dari Pak Taib.
“Ini, surat dari Kementerian. Ada tulis dekat sini. Aku pun tak tau. Mungkin tersalah hantar ke kedai aku tadi.”
“Oh, ye ke? Terima kasih la Pak Taib. Sudi hantar surat ni sampai ke rumah. Susah susah kan je.”
“Tak da apa la Mail. Hal kecil saja. Hmm.. ok la Mail, Pak Taib nak balik dulu, dah nak magrib dah ni.” kata Pak Taib sebelum meminta diri.
“Terima kasih Pak Taib.” Ucap abah dan terus bersalam dengan Pak Taib.
Setibanya aku di ruang tamu, kelihatan Pak Taib baru melangkah pergi. Aku segera menghidangkan minuman untuk abah dan abang. Abah menunjukkan surat yang diterima dari Pak Taib tadi pada ku. Sungguh terkejut apabila aku membaca logo pada sampul surat tersebut.
Perlahan-lahan aku membuka surat tersebut, dan satu persatu aku membaca. Bagaikan ingin menjerit. Tetapi ku tahan. Lantas aku memeluk abah.
“Abah, Iman dapat masuk matrik. Iman dapat tawaran ni abah. Alhamdulillah. Syukur.”
“Alhamdulillah. Syukur Iman. Tahniah untuk anak abah, abah tahu Iman pasti akan terima tawaran ni. Nanti belajar sungguh sungguh ya nak.” Ucap abah padaku.
Lantas abang juga memelukku selepas leraian pelukan abah. “ Tahniah dik, abang bangga dengan kau.”
“Terima Kasih abang”. Tanpa berlengah lagi aku terus ke dapur untuk memberitahu ibu.
“Ibu, Iman dapat masuk matrikulasi. Pak Taib hantar surat ni tadi.” kata Iman dengan nada yang serak. Lantas memeluk ibu.
Ibu menangis tersesak esak menandakan kegembiraan dihatinya. Akhirnya, doa kami sekeluarga termakbul. Harapan ibu dan abah termakbul. Aku bersyukur ya Tuhan. Memberi kegembiraan ini pada keluarga aku. Walaupun abang hanya belajar sehingga tingkatan 5, tapi aku akan teruskan perjuangannya sehingga habis universiti. Aku takkan mengsia-siakan harapan mereka semua.
Kulihat abang dan abah. Ku renung ibu dan abah berkali kali. Lantas aku berbicara.
“Abah, ibu, abang, adik, Iman berjanji akan belajar sehingga tamat universiti dan menerima segulung ijazah untuk abah dan kita sekeluarga. Iman janji akan tolong abang dan abah untuk menyara keluarga kita. Iman janji ibu, Iman janji abah.”
Lantas abang, abah, ibu dan adik memeluk aku. Kami menangis dalam gembira. Semoga kegembiraan ini akan terus bersama kami sekeluarga. Iman bedoa di dalam hati. Bersyukur Ya Allah. Alhamdulillah.
Esok aku akan kabarkan kepada kawan kawan ku tentang berita gembira ini. Dan mungkin ada diantara kami yang dapat di tempat yang sama. Tidak la aku terpinga pinga apabila ke sana dan persediaan pula boleh buat bersama sama. Aku tak mahu susahkan abah, ibu dan abang. Aku perlu berdikari mulai saat ini. Aku tak kan lupakan segala usaha mereka selama ini.
…………………………………………….
…………………………
……………
Episod Pertama. Terima kasih kerana sudi baca.
Boleh komen untuk improvement.
Farah baru je berjinak jinak ni.
Mahu pandangan dari kawan kawan.
2 comments:
best ! teruskannnn :)
Reply this Commentnak copy paste masuk blog...
Reply this CommentPost a Comment