Followers



Aku tersalah tekan translate.. Ben Ashaari.. Jangan marah dong!!

|

Hahah.. kusyuk mak nok duk baca entry Ben Ashaari kat blog dia..

pasal kercunan makanan dia tuh..

dan dan jugak aku terasa nak hantar mesej..

so aku abaikan kejap entry tuh..

bila dah tekan button send terus tengok balik screen laptop….

waaaaa.. sejak bila Ben Ashaari buat entry dalam english ni?

kakakaakak…

selama ni setahu farah dalam melayu je..

nih dah jadi rojak basi dah..

nak tengok…

kamu baca then faham kan ok!. hikhikhikhikhik…

image

 

gelak guling guling baca.. hahahahRolling on the floor laughing

Lambat update untuk 2 hari

|

Hai alllllllllllllll….

Aku dah dua hari tak update..

semalam update pun pasai novel tuh..

sedap tak?? eh salah!! sedap untuk makan..

Best tak?? hehe.. baru tulis tuh.. berjinak jinak nak jadi penulis novel..

tapi tak pandai pun..

Pukul 2.30 pagi tidur semalam karang dan susun balik plot cerita..

ok la kan.. not as good as mereka yang pro… huhu..

selama dua hari ni menghilang,

aku duk check apa lagi yang kurang kat blog ni..

Jumpa kawan..tanya dia ok tak, dia cakap suh tambah button button,

macam like share tuh..

AKu jumpa yang float tuh.. nice tak?? tinggi plak dia duduk..

Dan satu lagi.. dia suh letak ads advertlets.. mana la aku tau.. huhu

tuh ada tuh.. tiba tiba leh ada.. pinjam dia punya sat.. hahaahahah.. dahsyat…

takpe.. sharing is caring..

Blog ni pon dah jadi blog e-novel.. baca ya kawan kawan!!!…

image

FarahZii ni novelis ke?

Novela ada..apa tuh?? hahahah

Kau Kebahagiaan Ku - 1

|

Kau kebahagiaan ku

H

  ari demi hari, aku menunggu. Menunggu sepucuk surat tawaran daripada Kementerian Pelajaran Tinggi. Tinggi nya hasrat mereka untuk lihat aku sambung belajar. Mereka tidak inginkan aku mengikut jejak mereka dan abang. Hanya sebagai peraih ikan, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sungguh, aku sendiri terharu dengan setiap pengorbanan mereka dalam mendidik kami bertiga.

 

“Nurul Iman Liyana, ada tanya kawan kawan,  mereka dapat tak surat dari Kementerian?” Ibu masih lagi bertanya soalan yang sama.

 

Iman menoleh dan tersenyum. “Dah tanya bu, ada diantara mereka yang dah dapat surat tawaran ke matrikulasi.”

 

Dia merasa perkara yang sama dengan ibunya, begitu berharap. Keputusan peperiksaan SPM baru baru ni menunjukkan dia layak untuk masuk ke Matrikulasi. Tetapi siapa sangka, dia masih lagi belum menerima surat tawaran.

 

“Tak apa lah Nurul Iman, tunggu lagi. Mana tau surat kamu tersangkut. InsyaAllah, ibu yakin kamu akan dapat tawaran ke matrikulasi.” Ibu memberi kata kata semangat. Aku dapat merasakan suara ibu serak. Mungkin sedih. Aku berusaha menahan daripada menitis air mata melihat ibu. Aku tak mahu menangis di depan ibu.

 

Ibu melangkah perlahan meninggalkan aku di tangga rumah. Aku termenung memikirkan masa depan aku. Memikirkan harapan abah dan ibu.  Perlahan-lahan air mata jatuh ke pipi.

 

“InsyaAllah, surat itu akan sampai jua dan aku akan bahagiakan abah dan ibu.” tekad Iman dalam hati sambil mengusap pipinya yang basah dek air mata.

 

Dari jauh kelihatan abang dan abah  balik meraih ikan, bersama sama mereka membawa pukat dan tong yang berisi ikan. Sungguh, abah dan abang sanggup menggadai nyawa walaupun amaran daripada kerajaan supaya tidak turun ke laut kerana musim tengkujuh.

 

“Nurul Iman, nah bawa ikan ni ke dapur. Masak la untuk makan malam ini.”

 

“Baik abah. Abah , abang, rehat la. Nanti Iman buatkan air.”

 

Segera aku ke dapur untuk membuat air. Terlihat ibu sedang menyiang sayur untuk makan malam ni bersama sama adik aku yang bongsu. Masih belajar di tingkatan 1. Alhamdulillah, adik  aku tidak pernah merungut akan kepayahan dan kekurangan dalam keluarga. Walaupun dia anak yang bongsu. Manjanya tidak pulak menyusahkan abah dan ibu. Walaupun dia sering melihat keluarga kawan kawan  yang lebih kaya dari kami tetapi dia tidak pula meminta daripada abah dan ibu. Aku bersyukur.

 

 

“Assalamualaikum..”

 

Tersedar aku dari lamunan apabila mendengar orang memberi salam di depan walaupun sayup sayup kedengaran.

 

“Walaikumussalam. Pak Taib rupanya. Jemput la masuk.” pelawa abah.

 

“Tak apa la Mail, aku datang cuma nak bagi surat ni untuk anak kamu tu, Nurul Iman.” kata Pak Taib.

 

“Surat apa tu Pak Taib?” Tanya ayah kehairanan. Selama ni surat yang dikirimkan oleh sesiapa pasti akan terus ke rumah. Tapi kali ini lain pula. Surat datangnya dari Pak Taib.

 

“Ini, surat dari Kementerian. Ada tulis dekat sini. Aku pun tak tau. Mungkin tersalah hantar ke kedai aku tadi.”

 

“Oh, ye ke? Terima kasih la Pak Taib. Sudi hantar surat ni sampai ke rumah. Susah susah kan je.”

 

“Tak da apa la Mail. Hal kecil saja. Hmm.. ok la Mail, Pak Taib nak balik dulu, dah nak magrib dah ni.” kata Pak Taib sebelum meminta diri.

 

“Terima kasih Pak Taib.” Ucap abah dan terus bersalam dengan Pak Taib.

 

Setibanya aku di ruang tamu, kelihatan Pak Taib baru melangkah pergi. Aku segera menghidangkan minuman untuk abah dan abang. Abah menunjukkan surat yang diterima dari Pak Taib tadi pada ku. Sungguh terkejut apabila aku membaca logo pada sampul surat tersebut.

 

Perlahan-lahan aku membuka surat tersebut, dan satu persatu aku membaca. Bagaikan ingin menjerit. Tetapi ku tahan. Lantas aku memeluk abah.

 

“Abah, Iman dapat masuk matrik. Iman dapat tawaran ni abah. Alhamdulillah. Syukur.”

 

“Alhamdulillah. Syukur Iman. Tahniah untuk anak abah, abah tahu Iman pasti akan terima tawaran ni. Nanti belajar sungguh sungguh ya nak.” Ucap abah padaku.

 

Lantas abang juga memelukku selepas leraian pelukan abah. “ Tahniah dik, abang bangga dengan kau.”

 

“Terima Kasih abang”. Tanpa berlengah lagi aku terus ke dapur untuk memberitahu ibu.

 

“Ibu, Iman dapat masuk matrikulasi. Pak Taib hantar surat ni tadi.” kata Iman dengan nada yang serak. Lantas memeluk ibu.

 

Ibu menangis tersesak esak menandakan kegembiraan dihatinya. Akhirnya, doa kami sekeluarga termakbul. Harapan ibu dan abah termakbul. Aku bersyukur ya Tuhan. Memberi kegembiraan ini pada keluarga aku. Walaupun abang hanya belajar sehingga tingkatan 5, tapi aku akan teruskan perjuangannya sehingga habis universiti. Aku takkan mengsia-siakan harapan mereka semua.

 

Kulihat abang dan abah. Ku renung ibu dan abah berkali kali. Lantas aku berbicara.

 

“Abah, ibu, abang, adik, Iman berjanji akan belajar sehingga tamat universiti dan menerima segulung ijazah untuk abah dan kita sekeluarga. Iman janji akan tolong abang dan abah untuk menyara keluarga kita. Iman janji ibu, Iman janji abah.”

 

Lantas abang, abah, ibu dan adik memeluk aku. Kami menangis dalam gembira. Semoga kegembiraan ini akan terus bersama kami sekeluarga. Iman bedoa di dalam hati. Bersyukur Ya Allah. Alhamdulillah.

 

Esok aku akan kabarkan kepada kawan kawan ku tentang berita gembira ini. Dan mungkin ada diantara kami yang dapat di tempat yang sama. Tidak la aku terpinga pinga apabila ke sana dan persediaan pula boleh buat bersama sama. Aku tak mahu susahkan abah, ibu dan abang. Aku perlu berdikari mulai saat ini. Aku tak kan lupakan segala usaha mereka selama ini.

 

…………………………………………….

…………………………

……………

Episod Pertama. Terima kasih kerana sudi baca.

Boleh komen untuk improvement.

Farah baru je berjinak jinak ni.

Mahu pandangan dari kawan kawan.

Perkenalkan.. Kau Kebahagiaan Ku.. 3K…

|

Hai..

aku nak habaq mai sikit ni…

heheh..

aku dah nak mula membuat script untuk e-novel..

kalau best nanti aku nak hantar kat publisher untuk cetak..

so aku akan letak kat sini beberapa episod untuk korunk baca…

best ke??

aku pon tak tau..

nih idea datang nya dari Tuhan..

so aku just letak manuskripnya disini untuk korunk baca..

will be able soon… (oh.. im speaking) hahahaha…

ok?? baca tau nanti…

Kau kebahagiaan ku

Ini cover dia.. shantteekkk??

Mekasihhhhhh….hahaha

Hidup keseorangan, SUNYI…

|

Weh.. aku sunyi.. huhuh

entah apa apa.. tiba tiba.. kakakakakak…

sunggguh la.. buhsan..

apa nak buat ni??

Nak cari laki macam Aaron Aziz boleh??

Haaa.. mesti ramai jeles ni..

hahahaha…

Aaron Aziz smart oo..

Muka cina.. sah sah la kan..

dah kacukan.. hehehehe….

Sapa muka macam Aaron Aziz..

Boleh isi borang meh.. hahaha

 

image

Cop cop cop.. Kak Diyana Halik punya.. hehe..

Ada 6 lagi kembar Aaron Aziz ni..

Pi la cari tuk aku.. wahaahahah

Takut ngan dunia blogging..

|

Oh tidak.. sungguh…

Baru je masuk dalam dunia blogging ni..

tapi macam macam cerita dah spread sekarang..

Hacking menjadi jadi..

Now dengar cite blogger pula akan kena hack..

sebab gengblogger dah di hacked.

so list blog dalam tuh dah spreads out..

Oh.. takpe takpe..

coolll

 

image

Eqbalzack’s Giveaway..

|

Hai semua.. tadi pi singgah blog kakcik ella..

then jumpa entry pasal giveaway Eqbalzack

Nice..shantekkkkk keychain nyaaaaa.. hihih..

Mujur tak terlepas lagi.. nk join laa…

image

Jom sama sama join …

BALI: a simple giveaway for fabulous followers

Pahit tapi sedap.. tak ramai yang suka..

|

Hai.. sehari aku tinggal blog.. sebab buzy..

ggrrr… penat  penat.. banyak kerja..

Hari ni just nak kongsi satu kerepek..

tak ramai yang makan..

katanya pahit.. tapi kalau sapa yang suka macam aku, aku akan kata sedap.. delicious!! hahaha..

betoll..sedap walaupon pahit..

image

image

 

Buah Belinjau ..

Kerepek Belinjau ..

Sehingga menjilat jari.. kekekekeekek… Smile with tongue out

Ayam Kfc Ciplak

|

Hai..rindu nya nak coret coret.. walhal baru je beberapa jam tak bukak..

hehee..

Siang hari je aku boleh tulis sini.. malam hari aku buat kerja lain pulak..

hehehe.. *taik mata*

cerita hari ni nak cerita pasal semalam…

Ayam Kfc ciplak ku…*wow*

14062011099

*Auummmm*

Ayam masak . . .

|

Ekekeke.. meriah nya dunia blog ni.. suka blogging..

Makin meriah bila ada orang komen.. suka.. hihi..

Mekasih mekasih…

*ekekekeke*  sebenarnya aku tengah gelak ni..

Menjadi trademark semua orang sekarang ni..

Bila nyanyi lagu ni..

*Begitu lah awan nano nano nano nano. nanooooo* hahahaha…

*sakit perut aku*…

ok ok.. nak kena masak ni..

tapi nak masak apa..

Apa boleh buat ngan ayam ni??

 

image

 

Lagi sekali… ayam ni pon nyanyi sama..

*Begitu lah awan nano nano nano nano. nanooooo*  ekekekekeke

Cuti, layan cartoon

|

Hai.. 1st of all, aku nak ucap terima kasih banyak banyak kat semua kawan blogger yang singgah sini..

Mekasih *auuwww* hehehe..

Segan aku.. terima kasih untuk semua tips dan info yang kamu semua kasi..

terharu sangat sangat..

Walaupon masih baru, terasa macam meriah sangat dunia blogging ni..

hehe

Owh… sekarang aku tengah cuti..

dan tengah layan cartoon ni..

 

image

Minat gila dragon ball..tapi masih tak ingt ending dia macam mana.. laaaa….

Search Facebook, cari pasal blogging, blogger

|

Adui.. pening pening.. masih baru.tak tau apa apa lagi..

Search kat google.. uiisssshhh..banyak gak tips kat google..

Semua nya daripada blogger..

Aku ni baru lagi..segan pulak nak comment comment.. kikikiki..

takpe la.. tak belajar tak tau kan?

Tak tanya sesat jalan kan? *tanok tanok..* kikikiki

Tadi sempat gak aku search kat fb.. pasal blogger

Last last jumpa sal blogger malaysia.. hehe.. apa lagi like la!!

Kawan kawan blogger.. tolong aku.. apa lagi yang perlu ada lam blog ni.. yang penting??

Mekaasiiihhh

 

bloggermalaysia

Ada banyak gila fan page blogger kat facebook.. semua nak like la!!.. hihihi

Hari hari mendung, tapi hari ni hujan..

|

Hai.. kikikiki.. macam kelakar pulak tulis cerita dalam blog.. tapi had fun jugak kan buat macam ni..

ekekekekeke… comel..

hari ni, sebelah petang, hujan.. warggggghhh.. ngantok pulak aku..

Hujan hujan cmni lemah ni.. baju basuh tak kering..

Mesti masam bau…ggrrr.. takpe la.. ada hikmah kenapa hujan kan??

Krok krok, krok krok.. katak panggil hujan… kikikikiki.. tak sama macam katak bunyinya..

eekekekekeke..

 

07062011080

 

…. Rezeki ada mana mana.. dalam hujan pon masih ada orang nk membeli .…

First Blog.. Tak tau apa apa..

|
Assalamualaikum.. tak jawab dosa.. hehe.. excited buat blog.. tengok kawan ada blog.. Farahzii pon nak ada blog..
 
Apa nak cakap ni ek.. macam kena buat speech masa assembly je.. Macam pengetua sekolah dah.. ekekeke.. takpe la.. Tolong bagi tuntuk ajar ya.. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan...
 
Sebenarnya blog ni kita nk cita pasal pe ek? Orang kata blog pasal peribadi..
 
Kalau mcm tuh aku akan cakp pasal life aku la..
 
tp aku takde masa sgt.. mungkin aku letak gambar je kot..macam bwh ni..
 
 
 
dsc02096 blog
 
I had my first Tako in my life..
Really MAHAL..
Taste quite good..